Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota kabinet dengan memetik pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu hak 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai sebab tindakannya.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) yang memegang jawatan menteri pembangunan usahawan dan koperasi itu berkata dia berpegang teguh kepada prinsip dan matlamat penubuhan partinya yang memperjuangkan pelaksanaan MA63 serta hak-hak Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Sangat janggal untuk saya meneruskan keanggotaan dalam kabinet persekutuan dengan pendirian AGC tersebut yang saya percaya akan kekal menjadi pendirian mereka.
“Pendekatan mereka melihat hak 40 peratus Sabah selama tiga tahun saya berada di Kabinet Persekutuan sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai presiden Upko,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Ewon berkata dia akan mengutus surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan itu.
[Laporan penuh menyusul]






