KUALA LUMPUR: Polis menahan empat remaja lelaki berusia antara 16 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes samun yang menyebabkan seorang lelaki cedera di kepala, muka dan tangan selepas terkena kelaran pisau. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di Wangsa Maju, 5 November lalu setelah mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun, cuba meleraikan salah faham antara suspek dan rakannya. “Dalam…






