Malaysia Oversight

Kerajaan teliti keputusan 40 peratus hak hasil Sabah selaras Perlembagaan

By TheSun in November 8, 2025 – Reading time 2 minute
spot_img


Fadzil umum keputusan 40% hak hasil Sabah sedang diteliti JPN untuk elak kepincangan, pastikan selaras Perlembagaan dan MA63.

KOTA KINABALU: Keputusan mengenai tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah wajar diteliti terlebih dahulu bagi memastikan kesemua mekanisme berkaitan isu itu difahami secara menyeluruh sekali gus mengelak berlakunya sebarang kepincangan pada masa akan datang.

Jurucakap MADANI Datuk Fadzil berkata langkah itu juga perlu dalam usaha membela hak-hak Sabah yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain memastikan keputusan diambil oleh jemaah menteri berhubung isu tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Lewat petang semalam (Jumaat), penghakiman bertulis telah keluar dan 109 muka surat itu sedang diteliti oleh Jabatan Peguam Negara. 

“Keputusan atau penghakiman itu perlu diteliti supaya keseluruhan mekanisme difahami serta tidak berlaku sebarang kepincangan atau perkara yang tidak menurut Perlembagaan.

“Contoh, dalam tempoh 180 hari, apakah yang akan berlaku sekiranya melangkaui atau pada waktu ini, kita semua maklum Sabah adalah interim. Jadi, beberapa keputusan dasar yang mempunyai implikasi kewangan tidak boleh diambil,” katanya.

yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Bersama Komuniti dan Temu Anak Muda di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kopimpinan, Putatan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.

Semalam, Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam kenyataan bersama menggesa kerajaan Persekutuan supaya tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Okt lepas yang mengesahkan hak Sabah untuk menerima pemulangan 40 peratus hasil pendapatan diperoleh dari negeri itu.

Fahmi berkata beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim akan memberikan pandangan menyeluruh mengenai perkara itu sebaik tiba di Kota Kinabalu malam ini dalam rangka lawatan kerja pada esok dan lusa.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Kerajaan MADANI akan terus komited untuk memastikan hak Sabah terbela sekali gus memperjuangkan dan menegakkan keadilan untuk semua rakyat negeri itu.

“Kita akan perjuangkan untuk pastikan keadilan bagi Sabah. Ini adalah perkara yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam mesyuarat kabinet semalam.

“Kerajaan MADANI merupakan kerajaan yang melunaskan, menyelesaikan sembilan daripada 13 tuntutan menerusi MA63 dalam tempoh tiga tahun.

“Kerajaan ini juga adalah kerajaan Persekutuan pertama yang telah menaikkan pembayaran interim daripada RM126 juta ke RM300 juta, dan dinaikkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta,”  katanya. – Bernama


Post Views: 1



Source link