Malaysia Oversight

DAP bertanding guna logo PH, tak jadi guna roket

By MkiniBM in November 8, 2025 – Reading time 3 minute
DAP bertanding guna logo PH, tak jadi guna roket


DAP membatalkan rancangan untuk menggunakan logo roket bagi pilihan raya negeri (PRN) Sabah, sebaliknya memilih untuk menggunakan simbol PH, bersama-sama dan Amanah.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata keputusan itu susulan perbahasan dalaman DAP Sabah sama ada untuk menggunakan logo parti atau logo gabungan.

“Calon-calon kita akan guna logo PH. Kami adalah sebahagian daripada gabungan persekutuan.

“Kami adalah parti nasional, dan pemimpin DAP Sabah kami juga sebahagian daripada persekutuan. 

“Walaupun pada masa lalu, di Sabah dan Sarawak kita beri sedikit pengecualian, kali ini DAP Sabah merasakan strategi terbaik tetap menggunakan logo PH,” katanya semasa sidang media selepas majlis pengumuman calon dan pelancaran jentera DAP Sabah hari ini.

Menurut Loke, keputusan itu mencerminkan kesatuan dalam gabungan selepas rundingan kerusi bersama , Amanah dan Upko yang berjalan selama beberapa minggu.

“DAP sabah memang pertimbang untuk guna logo sendiri. Namun selepas perbincangan secara cermat, mereka memutuskan untuk berada di bawah panji PH, mencerminkan semangat kerjasama dan kewibawaan sebagai sebahagian daripada persekutuan,” katanya yang juga Menteri Pengangkutan.

7b39b35226cd85f447932c5ff5bbdc6d

Terdahulu, sumber dalaman parti itu berkata perbincangan berhubung langkah untuk menggunakan logo sendiri tercetus ekoran rasa tidak puas hati terhadap formula perkongsian kerusi antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“(Berdasarkan formula itu) DAP perlu berkongsi dengan Upko lima kerusi masing-masing, sementara Amanah juga menuntut lima, dan mahu 13 kerusi. Itulah puncanya,” kata sumber tersebut bulan lalu.

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah: ‘Hormati proses’

Loke turut menjawab pertanyaan media berhubung hak 40 peratus hasil Sabah kepada negeri itu. Dia berkata DAP menyokong hak Sabah namun menegaskan semakan perlu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi DAP, keputusan mahkamah memerlukan persekutuan dan negeri berunding dalam masa 180 hari.

“Perdana Menteri ( Ibrahim) telah katakan dengan jelas. Kerajaan Persekutuan menegaskan kedudukan 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun ia mesti diambil kira bersama proses-proses lain dalam perlembagaan,” katanya.

Loke menegaskan bahawa proses yang ditetapkan mesti dilaksanakan dan berkata kepimpinan pusat DAP menerima pendirian DAP Sabah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu baru-baru ini.

“Tarikh akhir (rundingan) belum tiba, tapi anda akan dapat jawapan sebelum hari penamaan calon.

“Pendirian jelas akan dibuat. Perdana Menteri akan datang ke sini (Sabah) esok dan saya yakin dia akan menyentuh perkara itu dengan jelas,” katanya lagi.

4071ec8c33a5ef45bea5cdd517a53a95

Pada 17 Oktober, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kegagalan kerajaan persekutuan untuk menyemak hak hasil 40 peratus Sabah sejak 1974 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan, menyifatkan tempoh itu sebagai “tahun-tahun yang hilang”.

Mengulas lanjut, Loke mengingatkan pengundi bahawa DAP tidak pernah berada dalam kerajaan persekutuan sepanjang tempoh itu.

“Kenapa kerajaan sebelum ini tidak menyemaknya? Sebagai sebahagian daripada kerajaan persekutuan, kami komited untuk memberikan kembali keadilan kepada Sabah.

“Tetapi ada proses yang perlu berjalan…Rundingan perlu diadakan untuk memutuskan jumlahnya,” katanya lagi.

Satu kerusi masih dalam perbincangan

Loke turut mengesahkan satu kerusi DUN di pedalaman yang disasarkan DAP masih dalam perbincangan bersama-sama sekutunya.

“Ada tujuh kerusi yang kita telah umumkan. Ada satu lagi, kerusi pedalaman. Keputusan dan persetujuan awal kita adalah kita akan bertanding di situ.

“Namun, masih ada permintaan untuk perbincangan lebih lanjut,” katanya, sambil menambah kepimpinan PH ingin mengekalkan sikap saling percaya dan hormat antara satu sama lain.

“Sebab itu kita tak buat pengumuman (berkenaan kerusi itu) hari ini,” katanya lagi.

PRN Sabah akan diadakan pada 29 November ini.



Source link