PETALING JAYA: Sebahagian besar wilayah Gaza termasuk lintasan Rafah masih berada di bawah kawalan tentera Israel sekali gus menyukarkan usaha penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat yang terjejas. Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari berkata, rakyat Gaza masih terpaksa berlindung di celah-celah runtuhan bangunan serta rumah yang musnah akibat serangan rejim Zionis itu. Katanya, bantuan kemanusiaan termasuk makanan, air bersih dan khemah yang dihantar hanya mampu memenuhi keperluan…






