Malaysia Oversight

TV 8K Neo QLED Samsung QN990F dan QN900F Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM20,999

By Amanz in May 20, 2025 – Reading time 2 minute
TV 8K Neo QLED Samsung QN990F dan QN900F Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM20,999


TV 8K Neo QLED Samsung QN990F dan QN900F Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM20,999

May 20, 2025

Effi Saharudin

TV Neo QLED 8K Samsung QN990F dan QN900F secara rasmi dilancarkan di Malaysia hari ini. Seperti semua produk mereka sejak tahun lalu, ciri kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama Vision AI dan kemampuan sambungan input secara nirwayar yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.

Samsung QN990F A 1.jpg

Teknologi Wireless One Connect membolehkan kandungan dipancarkan daripada sebuah kotak One Connect kepada TV pada resolusi 8K 120Hz secara nirwayar sepenuhnya sehingga 10 meter dan walaupun terdapat halangan. Dengan ini TV hanya perlu dipasang kepada wayar kuasa tanpa pelbagai kabel HDMI. Ini ialah evolusi kepada One Connect Box yang menggunakan satu kabel nipis untuk disambungkan kepada TV.

Samsung TYV wireless one Connect

Ini ialah penyelesaian cukup minimalis kepada isu kabel berselirat apabila dipasang pada konsol, PC, kotak TV, pemain DVD dan sistem audio. Kotak One Connect akan menjadi hab yang boleh disorokkan daripada pandangan.

Samsung Wireless One Connect

Selain itu sistem Vision AI pula boleh menjana sari kata kandungan secara automatik apabila ia tidak ditawarkan pada platform pilihan. Ia juga boleh menjana imej latar belakang TV menggunakan AI generatif seperti yang boleh dilakukan peranti Galaxy.

Samsung TVClick to Search

Ciri Click to Search pula boleh menawarkan maklumat mengenai kandungan yang sedang ditonton seperti pelakon dan menyarankan kandungan lain yang boleh ditonton. Ia juga melakukan proses menaik taraf visual ke resolusi 8K daripada resolusi asal.

Lebih comel terdapat ciri Pet Care yang apabila mengesan anjing di rumah menyalak misalnya, ia akan terus memainkan kandungan yang boleh menenangkannya. Kesemua ini dilakukan menggunakan cip NQ8 AI Gen 3 yang mempunyai CPU 1.3x, GPU 2.2x dan NPU 2x lebih pantas berbanding generasi terdahulu.

Samsung QN990F A

Dua model ditawarkan iaitu Samsung QN990F dam Samsung QN900F dengan harga jualan adalah seperti di bawah. Pada ketika ini Samsung telah membuka pratempahan untuk kedua-dua TV sehingga 1 Jun depan. Pelanggan yang melakukan pratempahan akan menerima satu unit soundbar bernilai RM6,499.

  • 85″ Neo QLED QN990F 8K Samsung Vision AI Smart TV (2025) – RM 39,999
  • 75″ Neo QLED QN990F 8K Samsung Vision AI Smart TV (2025) – RM 27,999
  • 85″ Neo QLED QN900F 8K Samsung Vision AI Smart TV (2025) – RM 26,999
  • 75″ Neo QLED QN900F 8K Samsung Vision AI Smart TV (2025) – RM 20,999

Bagi mereka yang melihat dan mencuba dahulu sebelum membeli, Samsung Malaysia sedang mengadakan acara Samsung 2025 AI TV Roadshow di pusat membeli belah 1 Utama bermula 21 Mei hingga 25 Mei 2025.

Samsung QN990F B

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link