Malaysia Oversight

PM Anwar gesa sistem pendidikan beri ruang pelajar berfikir

By TheSun in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


PM mahu sistem pendidikan Malaysia beri ruang pelajar berfikir kritis dan berhujah, bebas daripada cara fikir terjajah dan jumud.

: Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menegaskan sistem pendidikan perlu memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir, berhujah dan menyatakan pandangan berdasarkan ilmu bagi melahirkan masyarakat yang mampu berfikir secara kritis serta berani menegakkan kebenaran.

Beliau berkata selari dengan kemajuan negara, sistem pendidikan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada peperiksaan dan hafalan semata-mata, selain perlu bebas daripada cara fikir terjajah dan jumud.

“Jumud ertinya terlalu taasub dengan cara dan kaedah lama. Tak mahu pembaharuan, tak mahu teknologi baharu. Tidak bersedia menerima idea-idea baharu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Festival Idea (FOI) 2025 di sini hari ini.

Justeru, memuji penganjuran FOI oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan menyifatkannya sebagai platform penting untuk mencambah pemikiran segar dan terbuka selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – Bernama


Post Views: 1



Source link