PUTRAJAYA: Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut. Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu. “Tolong beri cadangan (kepada saya) kalau ada,” katanya ringkas. Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam…






