Malaysia Oversight

Tiga pekerja maut dalam kebakaran kontena kapal di PTP

By TheSun in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


Tiga pekerja , tiga cedera dalam kebakaran kontena kapal MSC Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas ketika kerja pemunggahan.

ISKANDAR PUTERI: Tiga pekerja manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran kontena di atas kapal MSC Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari.

Kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan dijalankan di bahagian bawah geladak Blok 5 kapal tersebut.

Tiga mangsa terdiri daripada warga Malaysia berusia 59 tahun, warga Filipina dan warga Britain berusia lingkungan 40-an.

Tiga pekerja cedera membabitkan warga Malaysia berusia 26 tahun dan dua warga Filipina berusia lingkungan 40-an.

Semua mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP.

Pemadaman awal dilakukan Bomba PTP menggunakan dua tug boat dengan sokongan operasi pemunggahan oleh Quay 118.

Pos Kawalan Hadapan telah dibuka di lokasi dan operasi pemadaman masih dijalankan bersama pihak PTP.

Sembilan anggota bomba bersama sebuah Fire Rescue Tender serta sebuah kenderaan utiliti digerakkan dalam operasi tersebut.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Bernama


Post Views: 1



Source link