
Elon Musk Mengatakan Tesla Mungkin Perlu Bangunkan Fasiliti Pengeluaran Cip
Aman
Perkembangan arena teknologi kebelakangan ini memfokuskan kepada keperluan cip yang tinggi, membuatkan ramai yang melabur dalam pengeluaran dan penghasilan semikonduktor. Tesla tidak ketinggalan, dimana kini Elon Musk mengatakan Tesla mungkin perlu bangunkan fasiliti pengeluaran semikonduktor tersendiri dalam menampung keperluan syarikat tersebut.
Pada hari ini, Tesla sedia merekabentuk cip pemprosesan mereka untuk kereta, tetapi bergantung kepada pihak ketiga untuk tujuan pengeluaran. Antara pihak yang mengeluarkan cip untuk Tesla adalah TSMC dan juga Samsung. Dengan fokus terhadap roboteksi dan juga penghasilan robot berbentuk manusia, lebih banyak cip diperlukan, dan kapasiti pengeluaran lebih besar diperlukan.
Disamping itu, pembangunan roboteksi dan robot juga akan bergantung tinggi kepada pemprosesan melalui kecerdasan buatan – yang turut memerlukan lebih banyak cip untuk tampung pemprosesannya.
Selain perancangan untuk fasiliti pengeluaran cip ini, Elon Musk turut mencadangkan yang mungkin perlu bekerjasama dengan Intel dalam pengeluaran cip.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






