Malaysia Oversight

Emma mahu lunas dendam di final

By Utusan in November 7, 2025 – Reading time 2 minute
Emma mahu lunas dendam di final


PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling Padang 2025 esok sebagai medan untuk membalas dendam.

Pada peringkat kumpulan sebelum ini, Emma terpaksa akur apabila tunduk kepada wakil England, Katherine Rednall dan di pentas final. Kedua-dua atlet sekali lagi akan bertembung untuk merebut kejuaraan.

Mengakui cabaran getir menanti, Emma bagaimanapun optimis momentum yang dibina sepanjang kejohanan mampu diterjemahkan kepada aksi lebih mantap di final.

“Memang agak sukar sebab masa dalam kumpulan saya kalah dengan dia. Tapi insya-Allah, siapa tahu, saya dapat balas dendam di final nanti,” katanya.

Mengulas mengenai tekanan menjelang aksi final, atlet berpengalaman itu berkata, sokongan keluarga dan jurulatih yang juga kakaknya menjadi kunci ketenangan dirinya.

“Bila rasa tertekan, saya banyak borak dengan ibu dan juga jurulatih saya. Kami bincang tentang kesilapan yang perlu diperbetulkan. Untuk final, saya tak mahu ada sebarang kesilapan langsung,” katanya.

Emma turut mengakui bahawa ketidakstabilan prestasi di peringkat awal menjadi pengajaran berguna buatnya.

“Dalam kumpulan saya menang tiga, kalah dua. Keyakinan memang turun sekejap, tapi saya cuba ‘push’ diri balik. Sekarang, saya dah jumpa rentak yang lebih baik,” ujarnya.

Ditanya mengenai strategi menentang wakil England di pentas final, Emma menegaskan bahawa konsistensi akan menjadi senjata utama.

“Pemain England itu sangat konsisten dalam setiap lontaran. Jadi saya kena lebih konsisten daripada dia kalau nak menang,” tegasnya. – UTUSAN





Source link

12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

PUTRAJAYA: Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 12,000 pesakit penyakit jarang jumpa setakat tahun ini. Ia berdasarkan data daripada dua pusat rujukan…
Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…