KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib Ashaari serta 12 lagi ahli GISBH keluar dari Kompleks Penjara Kajang kira-kira pukul 5.40 petang tadi. Mereka disambut oleh ahli keluarga yang telah menunggu di kawasan parkir di hadapan pintu masuk Penjara Kajang sejak pagi tadi. Nasiruddin, 66, turun dari bas mendahului yang lain dan menaiki kerusi roda sebelum ditolak…






