Nothing Phone (3a) Lite Dijual Di Malaysia Pada Harga RM 1199 Bermula 22 November
Effi Saharudin
Nothing Phone (3a) Lite secara rasminya akan mual dijual di Malaysia pada 29 November dengan pratempahan akan dibuka bermula 22 November. Ia merupakan peranti harga mampu milik daripada Nothing dengan ia mengekalkan estetik rekaan lutsinar bersama kekunci pintasan Essential Key.

Nothing Phone (3a) Lite hadir dengan skrin 6.77-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula mencapai 120Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 7300 Pro, memori 8GB LPDD4X RAM, storan 256GB UFS 2.2 dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 33W.

Kamera utama sudut lebar 50MP dipadankan dengan sensor ultra-lebar 8MP, dan sensor makro 2MP. Di hadapan ia menyertakan sensor 16MP untuk kamera swafoto. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air IP54, terdapat pengimbas cap jari pada skrin, dan menggunakan Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15.
Ia adalah peranti yang amat mirip dengan CMF Phone 2 Pro cuma tanpa kamera telefoto di belakang. Nothing Phone (3a) Lite dijual pada harga RM1199 sebuah di Malaysia dalam warna hitam dan putih.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






