Malaysia Oversight

Edisi Terhad Leica SL3 Reporter Dijual Di Malaysia Pada RM38,500

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
Edisi Terhad Leica SL3 Reporter Dijual Di Malaysia Pada RM38,500


Edisi Terhad Leica SL3 Reporter Dijual Di Malaysia Pada RM38,500

November 7, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

Leica SL3 Reporter ialah kamera edisi khas yang baru dilancarkan di Malaysia. Ia menggunakan badan logam magnesium dan aluminium yang tahan percikan air mengikut piawaian IP54 serta hadir dengan kemasan hijau gelap yang ikonik. Kamera ini juga dilapisi dengan fabrik aramid iaitu bahan sintetik yang kuat, tahan panas dan tahan lama.

Leica SL3 2

Leica SL3 Reporter dilengkapi dengan sensor CMOS 60.3MP, penstabilan imej 5-axis serta pemproses Maestro IV bagi menghasilkan prestasi imej yang luar biasa. Ia juga menyokong rakaman video sehingga resolusi 8K dalam pelbagai format termasuk ProRes, MOV dan MP4. Kamera turut hadir dengan paparan sentuh bersaiz 3.2-inci serta pelbagai sambungan seperti HDMI 2.1, USB-C dan audio 3.5 mm.

Leica SL3 1

Dengan sokongan kad SD dan CFexpress, serta mod rakaman video dan cine, kamera ini memberikan kebebasan untuk pelbagai jenis penggambaran. Ia juga boleh disambungkan dengan pantas ke aplikasi Leica FOTOS bagi memudahkan pengalaman penggunaan terutamanya ketika memindahkan gambar.

Leica SL3 Reporter kini tersedia di Malaysia melalui Leica Store, Leica Online Store dan pengedar khusus mereka pada harga RM38,500.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link