Malaysia Oversight

Peruntukan RM15 juta hanya untuk Piala Asia 2027

By Utusan in November 7, 2025 – Reading time 2 minute
Hannah yakin FAM ada jalan penyelesaian


: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sebelum ini hanya dikhaskan untuk kempen kelayakan Piala Asia 2027 skuad bola sepak kebangsaan.

Menurut beliau, dana berkenaan tidak boleh digunakan bagi tujuan lain termasuk membayar denda Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Peruntukan itu adalah khusus untuk kegunaan pasukan kebangsaan bagi kempen Piala Asia, bukan untuk perkara lain,” kata Hannah pada sidang akhbar di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Hannah menjelaskan, dana berkenaan diberikan kepada FAM dengan pemantauan rapi oleh Majlis Sukan Negara (MSN), KBS serta Kementerian Kewangan bagi memastikan ia dibelanjakan secara telus.

“Setiap perbelanjaan perlu dilaporkan kepada MSN dan turut dipantau oleh kementerian, jadi tidak timbul isu dana itu digunakan bagi tujuan lain,” katanya.

Sebelum ini, FAM menjadi tumpuan selepas dikenakan denda CHF350,000 (RM1.5 juta) oleh FIFA kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib berkaitan pemalsuan dokumen.

Rayuan FAM terhadap keputusan itu ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA dan kini badan induk itu berhasrat membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Hannah turut memaklumkan bahawa kos membawa kes ke CAS akan ditanggung sepenuhnya oleh pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bukannya daripada peruntukan . – UTUSAN





Source link

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…
CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib…