Malaysia Oversight

Buat apa gaduh lama-lama, kata Akmal

By MkiniBM in November 7, 2025 – Reading time 2 minute
Buat apa gaduh lama-lama, kata Akmal


Ketika teka-teki mengenai langkah terbaru Khairy Jamaluddin dalam politik masih belum terjawab sepenuhnya, Pemuda memberikan isyarat positif terhadap kemungkinan bekas menteri itu kembali bertaut dengan parti berkenaan.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh, sayap itu memang bersikap terbuka dan menyambut baik jika ada mana-mana pemimpin parti mahu menyertai mereka semula.

Tambahan pula, katanya, jika individu terbabit – sama ada digantung atau dipecat – menunjukkan kesetiaan kepada dan membuat permohonan seperti yang ditetapkan.

“Sudah tentu (harap Khairy kembali)… saya dah maklumkan sejak tahun pertama saya jadi ketua Pemuda Umno, parti ini tidak boleh dipecah-pecahkan.

“Umno ini perlu disatukan, mana ahli yang masih setia dan percaya dengan perjuangan Umno kita mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Kita mengalu-alukan semua, bukan sahaja KJ (Khairy) malahj semua yang digantung, yang dibuang tapi masih kekal setia dalam parti,” katanya kepada media.

Terdahulu dia menghadiri program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy turut menjadi salah seorang panel program itu.

Pada 30 Okt lalu, Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dilaporkan akan kembali ke pangkuan Umno sebelum pilihan raya negeri (PRN) bagi Sabah pada 29 Nov ini.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan dia sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi Umno khususnya presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi untuk berbuat demikian.

Sumber berkata, isyarat restu berkenaan disampaikan oleh Ahmad Zahid kepada Khairy – atau lebih dikenali sebagai KJ – ketika mereka berjumpa semasa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Umno Perlis, Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.

Bagaimanapun, pada 4 Nov lalu, Ahmad Zahid mengesahkan yang parti itu belum membincangkan soal penyertaan kembali Khairy.

“Setakat ini belum lagi,” katanya.

Menjawab spekulasi itu hari ini, Khairy berkata dia akan mengumumkan perkara itu bila tiba masanya nanti.

“Saya dah maklum tadi, nanti bila tiba masa untuk saya buat pengumuman,” kata Khairy.

Sementara itu, Akmal berkata Umno perlu bertaut kembali untuk memastikan parti itu kekal relevan kepada rakyat.

“Buat apa nak gaduh lama-lama, biar kita bertaut (kembali) Umno ini boleh dibawa ke depan, insya-Allah,” katanya lagi.



Source link