Malaysia Oversight

Semua 22 ahli GISB akan dibebaskan hari ini

By MkiniBM in November 7, 2025 – Reading time 2 minute
Semua 22 ahli GISB akan dibebaskan hari ini


Semua 22 ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang mengaku bersalah atas tuduhan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang akan dibebaskan hari ini.

Menurut peguam mereka, Kamal Hisham Jaafar dan Rosli Sulaiman, semua tertuduh telah menamatkan tempoh hukuman penjara kerana ia dikira bermula dari tarikh tangkapan.

“Tempoh penjara bagi tertuduh lelaki bermula dari tarikh tangkapan pada 25 Sept hingga 12 Okt tahun lalu, dan mereka telah berada dalam tahanan reman.

de45e819571ff9d578ffd34353eb9abc
Rosli Sulaiman

“Mahkamah mengambil kira tempoh reman dan potongan suku masa tahanan (quarter remission). Jadi, dengan kiraan itu, mereka telah selesai menjalani hukuman penjara.

“Bagi tertuduh wanita pula, penjamin mereka akan membayar denda selepas prosiding, dan mereka juga akan dibebaskan hari ini,” kata Kamal ketika ditemui di Mahkamah Penjara Kajang.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap 13 ahli lelaki GISBH, manakala sembilan anggota wanita masing-masing dikenakan denda RM4,500.

Hukuman itu dijatuhkan selepas semua mereka mengaku bersalah menjadi yanggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang, iaitu pertuduhan alternatif yang ditawarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas menerima surat representasi pihak pembelaan.

Pertuduhan alternatif itu dikemukakan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

486181052c03d031eabbe3cbbe510e85

Sebelum ini, semua tertuduh — termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH Nasiruddin Ali dan isterinya Azura Yusof — didakwa pada 23 Okt tahun lalu atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang antara Oktober 2020 hingga September 2024 di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang.

Pertuduhan asal dibuat di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.

Antara yang turut dituduh ialah Adib At-Tamimi, 33, anak kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad.

Turut disenaraikan sebagai tertuduh ialah:

Shukri Noor, 54; Afdaluddin Latif, 35; Sayuti Omar, 36; Fazil Jasin, 58; Dhirar Fakhrur Razi, 35; Mokhtar Tajuddin, 61; Fajrul Khalid, 29; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; Shuhaimi Mohamed, 57; Hasnan Abd Hamid, 54; dan Zahid Azhar @ Nadzri, 52.

546519a7bd1cafced5cdd11e77ebf686

Bagi kumpulan wanita pula: Khalilatul-Zalifah Jamil, 28; Nur Jannah Omar, 33; Hamimah Yakub, 72; Asmat @ Asmanira Ramly, 45; Nurul Jannah Idris, 29; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; dan Mahani Kasim, 55.

Sementara itu, Rosli berkata ahli GISBH, khususnya Nasiruddin, lega dengan keputusan hari ini dan berhasrat untuk kembali ke landasan ajaran arus perdana.

“Dia sangat gembira dan bersyukur apabila representasi diterima dan dengan keputusan hari ini.

6898b63fddb045d8dec26754151d2709

“Apa yang dia mahu adalah hanyalah keluar dari penjara dan kembali kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah,” katanya kepada Malaysiakini.

Rosli berkata dia juga akan menasihatkan ahli GISBH menyediakan kertas cadangan bagi membina semula kerjasama dengan .

“Saya beri amaran keras supaya tiada lagi GISBH. Saya nasihatkan mereka sediakan kertas projek untuk dihantar kepada dalam tempoh tiga bulan.

“Kertas itu boleh digunakan untuk menjelaskan kedudukan mereka dan memohon kerjasama dengan , antara lain kerana mereka mempunyai ramai pekerja mahir teknikal yang tidak wajar disia-siakan,” jelasnya.

Tambah Rosli, sejak berada dalam tahanan, ahli GISBH telah menyertai program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara konsisten.



Source link