Malaysia Oversight

PAS pernah ‘sucikan’ DAP – sindir pemimpin Umno

By MkiniBM in May 20, 2025 – Reading time 2 minute
PAS pernah 'sucikan' DAP - sindir pemimpin Umno


Pengarah Komunikasi Strategik Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri membidas serangan terhadap kerjasama partinya dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.

Dia berkata sebenarnya parti pertama yang “mensucikan” DAP apabila mereka membentuk pakatan untuk menumbangkan kerajaan pada tahun 1999.

“Kita kena rebut balik pandangan dan persepsi rakyat terutamanya orang Melayu.

“Propaganda, serangan kepada adalah semata-mata nak memecahbelahkan kesatuan kita.

7dd5d5ffdeaeb6d73bbd09156a4f306c

“Kalau kita tengok dalam PRK baru-baru ini di Ayer Kuning, Tan Sri Abdul Hadi Awang kata / menang di Ayer Kuning ini sebab berjaya ‘mensucikan’ DAP. Itu kenyataan seorang tok guru,” katanya seperti dipetik Umno Online.

Syed Mohd mendakwa demi bekerjasama dengan DAP dulu, sanggup mengubah prinsip mereka — malah mengangkat pemimpin DAP sebagai ‘khalifah’.

“Siapa yang mula-mula ‘mensucikan’ DAP kalau bukan PAS? Siapa yang ubah prinsip perjuangan mereka daripada nak menubuhkan negara jadi negara berkebajikan ketika mereka buat pakatan dengan DAP sebelum ini?

“Adakah orang Umno ini pegang bendera DAP? PAS pula banyak gambar pegang bendera DAP dulu. Pernahkah imam-imam, bijak pandai, agamawan orang Umno solat berjemaah depan pejabat DAP? Tak pernah. Tetapi PAS buat.

19e9114d1bf6d4aabe43ccfb6f0a7fd8

“Jadi, siapa yang nak ‘mensucikan’ DAP? Perkara paling besar yang mereka buat ialah mengangkat Lim Guan Eng ketika zaman ‘PAS-DAP’, samakan sebagai khalifah Umar Abdul Aziz. Itu yang PAS buat,” katanya.

Mengulas lanjut, pemimpin Umno Kedah itu menegaskan Umno masih berpegang teguh kepada perjuangan asal — termasuk hal ehwal Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu.

“Di negeri Kedah ini, di mana ada DAP? Kita ada di Kota Darul Aman sahaja calon DAP. Kerjasama dengan DAP tidak semestinya kita sokong, angkat apa yang diperjuangkan mereka.

“Sampai ke hari ini, walaupun Umno berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tetap berjuang menentang apa jua kenyataan dan pandangan DAP yang menyentuh soal agama, kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu yang kita tidak setuju,” katanya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno, Mustapha Yaakub, mencetuskan kontroversi apabila menyamakan DAP sebagai “kuda liar” yang dijinakkan.

“PAS telah berusaha menjinak kuda liar DAP selama ‘berPASDAP” dalam satu kandang. Tapi PAS tidak mampu menunggang DAP kerana PAS suka ‘masuk dari belakang’ sehingga ditendang oleh kuda liar itu. Akhirnya PAS mengundur diri dan keluar kandang.

“Hari ini kuda liar yang hampir jinak itu bersama Umno dan ia semakin jinak dalam kandang -PH,”,” katanya.

31a81c17a9cc260423476af8cbacee44

Untuk rekod, PAS mula bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999 di bawah gabungan Barisan Alternatif.

Meskipun gabungan politik itu tidak bertahan lama, kedua-dua parti menghidupkan semula kerjasama menerusi Pakatan Rakyat yang wujud dari tahun 2008 hingga 2015.

Umno dan DAP — dua musuh ketat politik suatu ketika dahulu — membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU18 selepas parlimen tergantung kini berdepan cabaran mempertahankan pakatan baru mereka kepada penyokong masing-masing.

Kedua-dua parti itu dikatakan sedang bergelut mendamaikan permusuhan puluhan tahun dengan realiti kerjasama semasa dalam kerajaan perpaduan.



Source link