SEREMBAN: Tindakan selaras dengan pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat bagi kesalahan membuang sampah kecil yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan akan diambil kerajaan negeri bagi menangani isu pembuangan sampah merata-rata. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar berkata, tindakan itu termasuk bagi mencegah isu sampah bertaburan di sebuah kawasan lapang di Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini. “Sampah yang bersepah di kawasan itu…






