Amerika Dilaporkan Akan Menghalang Jualan cip NVIDIA B30A Kepada China
Effi Saharudin
Amerika Syarikat dilaporkan akan secara rasmi menghalang jualan cip NVIDIA B30AReuters yang memetik sumber dalaman kerajaan, Rumah Putih telah mengarahkan beberapa agensi untuk tidak meluluskan lesen eksport cip kecerdasan buatan (AI) ini kepada China.

NVIDIA B30A ialah cip yang dibangunkan khusus untuk pasaran China dengan kemampuannya dikurangkan berbanding cip NVIDIA B300. Awal minggu ini Trump dipetik mengatakan cip di bawah keluarga NVIDIA Blackwell seharusnya dijual kepada syarikat tempatan sahaja bagi memastikan kelebihan pembangunan AI terus di tangan Amerika Syarikat.
China sudahpun meramalkan pentadbiran Trump akan menghalang jualan cip dan memberikan arahan kepada syarikat tempatan untuk berhenti membeli cip NVIDIA sejak beberapa bulan lalu. Akibatnya jualan cip NVIDIA di China kini jatuh menjadi sifar sedangkan tahun lalu mereka memegang 90% pasaran.
Semalam CEO NVIDIA Jensen Huang berkata China akan memenangi perang AI dengan Amerika Syarikat kerana kerajaan China memberikan subsidi tenaga serta kurangnya kawalan. Tidak diketahui sama ada arahan halangan jualan ini dikeluarkan Rumah Putih adalah disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Huang. Semasa artikel ditulis, saham NVDIA susut hampir 4% dengan nilai pasaran sekitar $4.5 trilion (berbanding $5 trilion minggu lalu) disebabkan laporan yang diterbitkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






