Malaysia Oversight

British Airways Juga Menggunakan Perkhidmatan Starlink Untuk Keperluan Internet Penumpang

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
British Airways Juga Menggunakan Perkhidmatan Starlink Untuk Keperluan Internet Penumpang


British Airways Juga Menggunakan Perkhidmatan Starlink Untuk Keperluan Internet Penumpang

November 7, 2025
Aeronautik
Telekomunikasi

Effi Saharudin

International Airlines Group (IAG) yang merupakan pemilik British Airways Aer Lingus, Iberia dan Vueling mengumumkan mereka akan mula menggunakan perkhidmatan internet Starlink untuk kegunaan penumpang bermula tahun depan.

British Airways Iphone XR A

Lebih daripada 500 pesawat yang digunakan oleh IAG akan menggunakan Starlink dengan ia adalah sebahagian daripada pelan transformasi £7 bilion bagi menaikkan semula imej syarikat. Bagi pelanggan British Airways (BA), perkhidmatan internet Starlink boleh dinikmati secara percuma tanpa mengira kelas tiket. Sasaran BA ialah untuk menawarkan pengalaman internet pantas seakan di rumah ketika berada pada ketinggian 38,000 kaki daripada permukaan bumi.

British Airways, Aer Lingus, Iberia dan Vueling kini menyertai Alaska AIrlines, Hawaiian Airlines, Qatar Airways, airBlaltic, United Airlines dan Air France yang turut menggunakan perkhidmatan internet satelit Starlink

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link