Malaysia Oversight

PRN Sabah: Tiada pertembungan kerusi BN, PH

By MkiniBM in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
PRN Sabah: Tiada pertembungan kerusi BN, PH


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional () Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan bahawa tiada pertembungan kerusi antara dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden berkata walaupun masih terdapat perbincangan dalam sendiri berkenaan kerusi yang akan ditandingi, pertembungan pasti tidak akan berlaku antara dua parti yang menganggotai MADANI itu.

“Jentera BN pula perlu bergerak terus sampai pengundian 29 Nov bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Penduduk Kampung Contoh, di Putatan semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan calon pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.

Sementara itu, Mohamad mencadangkan supaya Ketua Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed dipilih sebagai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada PRN Sabah.

Mohamad berkata dengan kesetiaan Jeffrey Nor dalam parti serta usahanya membina semula kekuatan di bahagian Putatan, beliau wajar diberi peluang menjadi calon.

“Kita menyokong Jeffrey Nor sebagai calon DUN Tanjung Keramat berikutan sokongan yang kuat daripada penduduk setempat, namun kita tunggu siapa yang akan diumumkan oleh pucuk pimpinan,” katanya.

– Bernama



Source link