KUALA LUMPUR: Seorang lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan bogel dan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, tangkapan terbaharu membabitkan seorang lelaki tempatan menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini adalah lima orang. Menurutnya, suspek kelima itu direman lima hari sehingga 10 November ini bagi membantu…






