Malaysia Oversight

Menteri Israel kecam kemenangan, dakwa Mamdani penyokong Hamas

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
Menteri Israel kecam kemenangan, dakwa Mamdani penyokong Hamas


Menteri Hal Ehwal Diaspora Israel, Amichai Chikli, mengkritik keras kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York yang baharu.

Sambil menyifatkan Mamdani sebagai “penyokong Hamas” Chikli menyeru masyarakat Yahudi di bandar itu agar mempertimbangkan berpindah ke Israel susulan kemenangan besar calon berhaluan kiri tersebut dalam pilihan raya tempatan.

“Bandar yang dahulunya menjadi simbol kebebasan global kini menyerahkan kuncinya kepada penyokong Hamas,” katanya dalam satu hantaran di X.

Dia turut menyamakan pandangan Mamdani dengan “pelampau jihad” yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, yang mengorbankan 3,000 nyawa di New York dan Washington.

“Pandangannya tidak jauh berbeza dengan kumpulan pelampau yang dua dekad lalu membunuh ribuan rakyat Amerika sendiri,” kata menteri kanan Israel itu.

Chikli menambah bahawa “New York tidak akan sama lagi, terutamanya bagi komuniti Yahudi.”

“Bandar itu sedang melangkah, dengan mata terbuka, ke dalam jurang yang telah ditelusuri oleh London,” katanya sambil menggesa warga Yahudi New York agar “mempertimbangkan secara serius untuk menjadikan tanah Israel sebagai rumah baru mereka”.

Mamdani, 34, yang akan menjadi Datuk Bandar Muslim pertama New York apabila memulakan tugas pada Januari 2026. Dia telah lama menyuarakan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Malah, sebelum ini Mamdani pernah melabelkan Israel sebagai “rejim apartheid” dan menyamakan perang di Gaza dengan “pembunuhan beramai-ramai” sehingga kenyataannya itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan sebahagian komuniti Yahudi.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Mamdani juga lantang menentang antisemitisme dan Islamofobia yang dialaminya secara peribadi.

Kemenangannya dalam pilihan raya Datuk Bandar New York dilihat sebagai kejayaan besar bagi gerakan progresif, meskipun berdepan serangan hebat daripada elit perniagaan, media konservatif dan Presiden AS Donald terhadap dasar dan latar belakangnya sebagai umat .

, dalam satu hantaran di platform sosial miliknya pada Selasa, turut mengecam Mamdani sebagai “pembenci Yahudi”.



Source link