Malaysia Oversight

Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas RM500 Mac depan

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas RM500 Mac depan


mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 15 dan ke bawah sebagai menghargai khidmat bakti mereka, dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.

Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada awal Mac tahun depan bagi meringankan persiapan menyambut Aidilfitri.

“Selain itu, bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada lantikan politik yang jumlahnya akan ditentukan pihak negeri,” katanya ketika mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Darulnaim hari ini.

Beliau turut mengumumkan pemberian diskaun 90 peratus terhadap tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat di .

“Tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh satu bulan bermula 1 hingga 30 Dis tahun ini.

“Namun, ia tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025,” katanya.

Bernama



Source link