Malaysia Oversight

49 pegawai bank terima rasuah dari firma guaman akan didakwa

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
49 pegawai bank terima rasuah dari firma guaman akan didakwa


Seramai 49 pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan yang disyaki menerima rasuah daripada beberapa firma guaman akan didakwa secara berperingkat sepanjang November ini.

Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran untuk mendakwa kesemua individu berkenaan, dan pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

“Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen sebagai balasan melantik firma guaman terbabit untuk menguruskan dokumentasi perjanjian pembiayaan kewangan pelanggan yang memohon pembiayaan di beberapa institusi perbankan antara 2018 hingga 2023.

“Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank ini berjaya dibongkar SPRM melalui Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024, dengan komisen atau upah dipercayai dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan diselesaikan,” katanya.

Kesemua individu terbabit akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, melibatkan 249 pertuduhan keseluruhan dengan nilai rasuah hampir RM700,000.

– Bernama



Source link