Malaysia Oversight

Huawei Mate 70 Air Dilancarkan Dengan Tubuh Nipis dan Bateri 6500 mAh

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Mate 70 Air Dilancarkan Dengan Tubuh Nipis dan Bateri 6500 mAh


Huawei Mate 70 Air Dilancarkan Dengan Tubuh Nipis dan Bateri 6500 mAh

November 6, 2025
Huawei

Effi Saharudin

Huawei Mate 70 Air dilancarkan di hari ini dengan ia adalah sebuah peranti bertubuh nipis tetapi masih dilengkapi bateri bersaiz 6500 mAh. Ia dilengkapi skrin 7″ OLED 120Hz, dengan pilihan pemproses Kirin 9020B atau Kirin 9020A. Ini dipadankan pula dengan memori sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Huawei Mate 70 Air A

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra lebar 8MP dan telefoto 12MP. Di hadapan pula kamera 10.7MP digunakan untuk swafoto. Bateri gergasi 6500 mAh silikon karbon yang digunakan menyokong pengecasan 66W. Sistem operasi yang digunakan adalah HarmonyOS 5.1.

Huawei Mate 70 Air C

Antara ciri menarik yang disertakan ialah kalis air serta debu IP69, sistem AI, kawalan gestur menggunakan kamera hadapan, kaca Kunlun yang tahan lasak dan komunikasi satelit. Pengimbas cap jari walau bagaimanapun adalah di sisi terbina pada butang kuasa. Peranti dijual pada harga bermula RMB 4199 (~RM 2465) dalam pilihan warna Obsidian Black, Feather White, dan Gold & Silver Brocade.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link