Malaysia Oversight

China Jatuhkan Hukuman Mati Ke Atas Dalang Sindiket Penipuan Atas Talian Myanmar

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
China Jatuhkan Hukuman Mati Ke Atas Dalang Sindiket Penipuan Atas Talian Myanmar


Jatuhkan Hukuman Mati Ke Atas Dalang Sindiket Penipuan Atas Talian Myanmar

November 6, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Penipuan atas talian semakin berkembang dan maju dipacu oleh kurangnya kesedaran orang ramai tentang bahaya dan juga ketamakan peribadi. Di Malaysia saban hari ada sahaja berita mangsa kerugian ratusan ribu kerana melabur ke dalam skim atas talian yang menjanjikan pulangan berlipat ganda dalam tempoh yang pendek. Minggu ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas lima ahli sindiket penipuan atas talian yang berpangkalan di Myanmar.

mahkamah

Kelima-limanya didapati bersalah dalam sindiket penipuan atas talian dan juga pemerdagangan manusia oleh Mahkamah Perantaraan Rakyat Shenzhen yang menyebabkan kematian enam warga dan puluhan lagi mengalami kecederaan. Mangsa dipercayai dengan pekerjaan lumayan di Myanmar tetapi kemudiannya dipaksa menjadi hamba untuk melalukan penipuan di atas talian. Ahli sindiket ditangkap oleh pihak berkuasa Myanmar sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk dibicarakan.

Ketua keluarga kongsi gelap Bai Suocheng dan anak beliau Bai Yingcang adalah antara lima yang kini berhadapan hukuman mati. Sementara 15 lagi ahli sindiket dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, 20 tahun dan tiga tahun mengikut kesalahan yang dilakukan.

Selain penipuan atas talian, sindiket ini turut terlibat dengan pelacuran, pengedaran dadah dan kasino atas talian. Sindiket yang didalangi kumpulan kongsi gelap Keluarga Bai ini dipercayai berjaya mengaut RMB 29 billion (~RM 17 bilion) daripada mangsa.

The Irrawady

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link