Malaysia Oversight

Fahmi syor guna platform ‘gaming’ pupuk patriotisme Gen Z, Alpha

By MkiniBM in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
Fahmi syor guna platform ‘gaming’ pupuk patriotisme Gen Z, Alpha


PARLIMEN | Menteri Komunikasi, Fadzil mencadangkan penggunaan platform permainan digital (gaming) sebagai medium untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, khususnya Generasi Z dan Generasi Alpha.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, (PH–Lembah Pantai) berkata kedua-dua generasi itu menggunakan bahasa yang “sangat berbeza”, dengan trend semasa sering kali membuatkan golongan lebih tua tidak memahami maksudnya.

Dia merujuk kepada meme “67” yang tular di media sosial dan menjelaskan bahawa ramai ahli parlimen sendiri berkemungkinan tidak tahu maksud atau rujukan istilah tersebut.

Istilah “67” yang muncul baru-baru ini dikenali kerana sifatnya yang tidak masuk akal dan tidak mempunyai makna tetap, dengan tokoh seni serta gelombang popular dalam talian menyemarakkan penggunaan frasa tersebut.

Justeru, berpendapat perlu mengubah pendekatan dalam memupuk semangat patriotisme, memandangkan generasi muda kini menerima maklumat dan membina pandangan dunia melalui corak dan kaedah yang berbeza sama sekali.

“Kementerian Komunikasi, melalui Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan beberapa agensi lain — perlu menyesuaikan cara kita menyampaikan unsur serta nilai cinta kepada negara, dengan pendekatan yang sesuai untuk Gen Z dan Gen Alpha,” katanya.

“Mungkin dahulu, taklimat atau ceramah berkesan, tetapi bagi Gen Z dan Gen Alpha, kita perlu bercakap dalam bahasa mereka.

“Perbincangan telah diadakan mengenai Roblox dan mungkin bagi generasi ini, kita boleh meneliti penggunaan platform sebegitu, misalnya bagi memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air,” tambahnya.

Fahmi, yang juga jurucakap berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH–Ledang) yang meminta kementerian menjelaskan langkah-langkah untuk memperkukuh semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

Sebelum ini, ahli parlimen serta beberapa pihak lain berdebat sama ada wajar mengharamkan Roblox — sebuah platform permainan dalam talian percuma yang popular dalam kalangan kanak-kanak.

Ini susulan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun didakwa mengelar leher adiknya selepas hilang mata dalam permainan tersebut.

Pada waktu itu, Fahmi menjelaskan kementeriannya sedang menilai keperluan untuk melesenkan sekurang-kurangnya 10 jenis permainan dalam talian, termasuk Roblox, yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah usia 16 tahun.


Laporan oleh Qistina Nadia Dzulqarnain, Hariz Mohd, dan B Nantha Kumar.



Source link