Malaysia Oversight

Lelaki maut kereta bertembung lori simen

By Utusan in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Lelaki maut kereta bertembung lori simen


GERIK: Seorang lelaki selepas kereta dipandunya terlibat nahas dengan sebuah lori muatan simen di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menghala ke Tasik Banding di sini hari ini.

Mangsa, Anuar Ahmad, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 3.10 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipercayai bertembung dengan sebuah lori muatan simen. Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa yang tidak tersepit itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

 

 





Source link