Malaysia Oversight

Selangor tekad bangkit benam Persib Bandung

By Utusan in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
Selangor tekad bangkit benam Persib Bandung


PETALING JAYA: FC (SFC) bertekad menamatkan badi kekalahan dalam saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila turun menentang gergasi Indonesia, Persib Bandung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan, skuad kendalian Christophe Gamel itu sedar hanya kemenangan mampu mengembalikan keyakinan penyokong setia yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan.

Pertahanan , Quentin Cheng, mengakui pertembungan menentang kelab ternama Indonesia itu bukan sekadar aksi biasa, sebaliknya medan penting untuk membuktikan masih belum mahu mengangkat bendera putih.

“Ia perlawanan besar untuk kami. Semua pemain sudah bersedia dan kami akan berikan yang terbaik untuk mendapatkan tiga mata penuh,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, keutamaan kali ini adalah memperkukuh benteng pertahanan selepas beberapa kesilapan mudah dalam aksi terdahulu menghukum pasukan dengan keputusan tidak memihak kepada mereka.

“Kami mahu kurangkan jumlah bolos dan bangga jika dapat pertahankan gawang sendiri. Sasaran utama kami adalah gawang bersih, dan harap kali ini kami berjaya capai,” ujarnya.

Bagi Quentin, cabaran di pentas Asia bukan tekanan, sebaliknya peluang berharga untuk menguji kemampuan sebenar Selangor menentang kelab gergasi rantau ini.

“Saya tak rasa ia beban. Kami memang mahu bermain dalam kejohanan besar seperti ini. Harap penyokong akan terus beri sokongan sebab tenaga mereka penting untuk bantu kami sampai ke penghujung,” katanya.

Walaupun tiga kekalahan awal sedikit mencalar semangat juang pasukan, Quentin menegaskan perjuangan mereka masih jauh daripada berakhir.

“Masih terlalu awal untuk putus asa. Tiga kekalahan memang bukan sesuatu yang ideal, tapi lawan kami semuanya kuat. Ini bukan pengakhiran buat kami, kami masih ada peluang untuk bangkit dan buktikan kemampuan sebenar Selangor,” tegasnya.-UTUSAN





Source link