PETALING JAYA: MERCY Malaysia meneruskan misi bantuan kemanusiaan di Gaza dengan menghantar Pasukan Rawatan Khas Ke-6 bagi menyalurkan bantuan perubatan kepada penduduk yang terjejas akibat konflik berterusan di wilayah itu. MERCY Malaysia memaklumkan, pasukan khas tersebut beroperasi di bawah penyelarasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kini berada di barisan hadapan bagi melaksanakan misi bantuan berkenaan. “Konflik yang berlarutan dan serangan terkini telah menyebabkan banyak hospital kekurangan sumber penting, sehingga rakyat…






