SHAH ALAM: Syarikat perkapalan global, A.P. Moller-Maersk (Maersk) mengoperasikan fasiliti logistik terbesar di rantau Asia Pasifik sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab logistik serantau. Pusat Pengedaran Mega Maersk (MMDC) berkeluasan hampir 180,000 meter persegi itu dijangka meningkatkan kapasiti gudang Maersk di negara ini sebanyak 30 peratus. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata pelaburan itu membuktikan keyakinan Maersk terhadap potensi Malaysia dalam sektor logistik dan rantaian bekalan global. “Maersk ialah…






