Malaysia Oversight

Kerajaan Akan Perkenal Modul Etika Siber Nasional Di Sekolah Pada Januari 2026

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Akan Perkenal Modul Etika Siber Nasional Di Sekolah Pada Januari 2026



Privasi Selamat Sekuriti

Akan Perkenal Modul Etika Siber Nasional Di Sekolah Pada Januari 2026

November 6, 2025
Sekuriti

Aman

Kementerian Digital kini berkongsi mengatakan telah membangunkan Modul Etika Siber Nasional, bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan, dan dalam fasa rintis sedang dijalankan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara dalam menguji keberkesanannya.

Lanjutan daripadanya, fasa pengukuhan modul akan dilaksanakan pada akhir tahun 2025 ini, dan pelaksanaan penuh Modul Etika Siber Nasional ini dijadualkan bermula pada Januari 2026 di sekolah seluruh negara.

Modul ini menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pelajar seluruh negara berkenaan keselamatan dan etika atas-talian, serta menyediakan panduan komprehensif berkenaan penggunaan internet dan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab serta selamat.

Buat masa ini, modul ini memfokuskan enam topik utama, termasuk Kefasihan Digital, Etika Digital, Kesihatan dan Kesejahteraan Digital, Perdagangan Digital, Privasi dan Keselamatan Digital, dan Hak & Tanggungjawab Digital.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link