
Amazon Menfailkan Saman Ke Atas Perplexity Disebabkan Fungsi Agen AI
Aman
Amazon kini memfailkan saman ke atas Perplexity, disebabkan oleh ciri agen AI yang ditawarkan oleh perkhidmatan berkenaan yang membolehkan pengguna mengautomasikan pembelian barangan.
Amazon mengatakan perkara ini membawa masalah sekuriti, dimana Perplexity mengakses akaun pelanggan Amazon, dan turut menggunakan aktiviti automasi dalam membuat tempahan sambil berolok sebagai aktiviti manusia. Perplexity sedia menggunakan pelayar web Comet dan juga agen AI mereka dalam membolehkan pengguna melakukan pembelian pada laman Amazon. Langkah ini dikatakan pengalaman penggunaan perkhidmatan edagang Amazon.
Amazon turut menekankan ancaman sekuriti terhadap data pengguna, dan mengatakan telah meminta Perplexity menghentikannya beberapa kali, tetapi tidak diendahkan. Amazon berharap aplikasi pihak ketiga perlu beroperasi dengan lebih terbuka, serta hormat keputusan sesuatu perniagaan sekiranya ingin bekerjasama atau tidak.
Selain Perplexity, beberapa syarikat lain turut sedang membangunkan agen AI masing-masing, dan semestinya kes saman ini akan menjadi penentu bagaimana perkhidmatan seperti ini akan diklasifikasikan bergerak ke hadapan.
Untuk makluman juga, pihak Amazon sendiri turut melakukan pelaburan besar dalam arena ini, selain membangunkan perkhidmatan Alexa mereka tersendiri.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






