Malaysia Oversight

Zahid wakili Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet

By MkiniBM in May 14, 2025 – Reading time 1 minute
Zahid wakili Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di , mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Rusia.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat berjalan lancar dengan tumpuan diberikan kepada perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhan.

“Setiap perbincangan dan keputusan diambil secara kolektif agar dapat membawa kebaikan yang berpanjangan untuk negara kita.

“Insya-Allah, segala amanah yang digalas akan terus saya pikul dengan tekad dan iltizam demi Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam tiba di Moscow untuk lawatan rasmi hingga 16 Mei, atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin dan diberi Kawalan Kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

– Bernama



Source link