Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan membayar RM10,000 sehari kepada Raymond Koh dan isterinya, Susanna Liew, bermula 13 Februari 2017–hari pastor itu hilang–sehingga dia ditemui.
Hakim Su Tiang Joo menyampaikan keputusannya hari ini, menyatakan dia tidak “mereka-reka jumlah itu” dan mengaitkan angka itu dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kes penahanan salah.
Dia seterusnya menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM4 juta dan kos RM250,000.
Dia juga memerintah polis membuka semula siasatan kes dan melaporkan kemajuannya kepada peguam negara setiap dua bulan.
Dalam keputusannya, dia mendapati tindakan utama penculikan Koh menunjukkan penglibatan negara, dan bahawa keadaan di sebalik penculikan itu, serta penyembunyian maklumat dan persamaan dengan kehilangan Amri Che Mat, secara kumulatif menyokong kes plaintif.
“Mahkamah berpuas hati bahawa plaintif membuktikan (defendan) melaksanakan kuasa awam dengan niat jahat.
“Kehilangan paksa Koh secara kolektif merupakan penindasan tahap tertinggi,” tambah Su.
[Berita penuh menyusul]






