Malaysia Oversight

‘Rom belajar buat kapal dari Melayu’

By MkiniBM in November 5, 2025 – Reading time 2 minute
'Rom belajar buat kapal dari Melayu'


Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) menggesa pihak pengurusan Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap seorang ahli akademik yang tindakan dan kenyataan awamnya yang dilihat melanggar piawaian etika, profesionalisme dan integriti akademik.

Dalam kenyataan hari ini, persatuan itu berkata tindakan sedemikian — khususnya apabila ia menjejaskan tanggungjawab sosial atau menimbulkan risiko besar terhadap reputasi serta nama baik universiti — tidak boleh dipandang ringan.

“Kredibiliti institusi kita bergantung pada integriti, akauntabiliti dan profesionalisme kakitangan akademiknya.

“Sebagai sebuah komuniti yang diasaskan atas pencarian kebenaran, keadilan dan keilmuan beretika, semua ahli akademik dijangka menegakkan piawaian tertinggi integriti akademik, kejujuran intelektual, profesionalisme dan kelakuan bermoral — sama ada di dalam mahupun di luar persekitaran kampus.

6fa892ec3bfe4182597430db31974b47

“Oleh itu, ASA menyeru pihak pengurusan universiti agar mengambil tindakan segera dan sewajarnya mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan terhadap mana-mana ahli yang mungkin telah melanggar tanggungjawab tersebut,” kata kenyataan itu.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama ahli akademik yang dimaksudkan, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu melibatkan Prof Solehah Yaacob selepas pandangannya sekali lagi menimbulkan kontroversi.

Terdahulu tular video rakaman ceramah Solehah yang mendakwa orang Rom belajar membuat kapal daripada orang Melayu.

Dakwaan pensyarah bahasa Arab itu sekali gus menarik perhatian netizen yang mengecam dan mengkritik kredibilitinya.

d192947f040118b736b25c436a1796b0

ASA menegaskan tindakan seperti salah laku, salah tafsir awam, atau kenyataan yang menjejaskan integriti akademik serta bercanggah dengan misi dan nilai-nilai universiti tidak boleh diterima.

Menggesa tindakan diambil, ASA berkata langkah ini penting bukan sahaja bagi menegakkan keadilan dan ketelusan, tetapi juga untuk memelihara kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap universiti sebagai sebuah pusat ilmu, integriti dan kepimpinan moral yang disegani.

“ASA berdiri teguh dalam komitmennya untuk mempertahankan prinsip kebebasan akademik yang disertai tanggungjawab, integriti intelektual, rasa hormat dan kebenaran yang membentuk identiti bersama kita.

“Kami juga komited memastikan agar tindakan segelintir individu tidak menjejaskan integriti dan maruah kolektif seluruh komuniti akademik,” kata kenyataan itu lagi.

Sebagai rekod, tahun lepas Solehah turut mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan yang mengaitkan isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah Khuwailid, berkemungkinan berasal dari alam Melayu.



Source link