Malaysia Oversight

Astro Pertimbang Untuk Kembali Tumpu Segmen Permainan Video

By Amanz in May 13, 2025 – Reading time 1 minute
Astro Pertimbang Untuk Kembali Tumpu Segmen Permainan Video


Astro melalui temuramah bersama TheStar baru-baru ini, berkongsi menyatakan sedang pertimbangkan untuk memfokuskan kepada segmen permainan video. Memetik TheStar, Astro mengatakan syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan atau memfokuskan kepada bidang permainan video (gaming), di mana berharap ia dapat memenuhi keperluan dan minat para pemain permainan serta komunitinya.

Game Zone 1

Untuk makluman, sebelum ini Astro pernah memperkenalkan saluran khusus untuk esukan, dinamakan eGG Network. Ia dilancarkan pada 2016, sebelum menamatkan siaran pada Januari 2023. Beberapa kandungan dibawahnya sebelum ini telah dipindahkan ke saluran seperti Astro Arena. Berkemungkinan dibawah perancangan baharu, Astro ingin melihat lebih luas berbanding esukan sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah bentuk kandungan atau penawran yang disasarkan oleh Astro dibawah segmen baharu ini. Sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.



Source link