Malaysia Oversight

Telefon Lipat-Tiga Samsung Diperlihatkan Dengan Lebih Jelas

By Amanz in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
Telefon Lipat-Tiga Samsung Diperlihatkan Dengan Lebih Jelas


Telefon Lipat-Tiga Samsung Diperlihatkan Dengan Lebih Jelas

November 5, 2025
Samsung

Amy Maizuraa

Telefon lipat tiga Samsung dipercayai telah muncul dengan lebih jelas menerusi video baharu. Rakaman tersebut memaparkan peranti tersebut yang kelihatan sangat nipis apabila dibuka namun menjadi agak tebal apabila dilipat kerana mekanisme dwi-lipatnya.

Telefon Tiga Lipat Samsung 2

Reka bentuk ini secara tidak langsung mencerminkan usaha Samsung untuk mengurangkan saiz dan berat keseluruhan peranti. Di bahagian belakang, rekaan tiga lensa kamera kekal sebagai elemen paling menonjol lengkap dengan susun atur LED flash dan pengimbas cap jari sisi yang menyerupai Fold 7.

Telefon Tiga Lipat Samsung 4

Sebelum ini, Samsung hanya mempamerkan peranti ini secara ringkas sewaktu Sidang Kemuncak APEC di sebalik kaca pameran dalam kedua-dua posisi dilipat dan dibuka. Namun menerusi rakaman baharu, peranti ini dapat diperhatikan dengan lebih dekat dan hasilnya ternyata cukup meyakinkan.

Setakat ini, Samsung masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi atau tarikh pelancaran. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan pelancarannya akan dibuat secara terhad.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link