Malaysia Oversight

Wikipedia Mengunci Artikel Genosid Gaza Kerana Didakwa Tidak Neutral

By Amanz in November 5, 2025 – Reading time 1 minute
Wikipedia Mengunci Artikel Genosid Gaza Kerana Didakwa Tidak Neutral


Wikipedia Mengunci Artikel Genosid Gaza Kerana Didakwa Tidak Neutral

November 5, 2025
Web 2.0

Effi Saharudin

Wikipedia telah mengunci artikel berkenaan genosid di Gaza kerana pertelagahan mengenai penggunaan bahasa oleh editor yang melakukan suntingan. Pengasas Wikipedia, Jimmy Whales berkata artikel melanggar terma syarat yang memerlukan kandungan ditulis menggunakan bahasa neutral. Selagi editor tidak menyelesaikan pertelingkahan, artikel akan terus dikunci.

Wikipedia Genosid Gaza

Artikel sepatutnya sudah boleh disunting semula pada jam 5.47 pagi tadi waktu Malaysia tetapi ikon manga yang menujukan suntingan tidak boleh dilakukan masih terpapar jelas. Antara itu Wales dengan artikel ini ialah beliau mendakwa dakwaan Israel sedang melakukan genosid adalah boleh dipertikaikan.

Pendapat beliau menerima tentangan beberapa editor artikel yang mengatakan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, NGO dan badan perundangan dunia telahpun mengesahkan Israel melakukan genosid di Gaza. Wales turut dibidas kerana mengatakan semua artikel di Wikipedia perlu neutral sedangkan artikel mengenai bumi adalah sfera tidak pernah diminta untuk menerima pendapat pengikut dunia leper kerana ia tidak berasaskan fakta sains.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link