Malaysia Oversight

Kerjasama KL-AS macam ular lidi dengan anakonda

By MkiniBM in November 5, 2025 – Reading time 3 minute
Kerjasama KL-AS macam ular lidi dengan anakonda


Presiden hari ini menyamakan hubungan dijalin Malaysia dengan AS baru-baru ini seperti hubungan di antara anakonda dengan ular lidi.

Menurut hantaran dibuat Abdul Hadi Awang itu, ular lidi merupakan ular paling kecil di negara ini dan tidak berbisa, manakala anakonda amat berbahaya walaupun tanpa bisa, serta mudah menelan mangsa.

Kata Abdul Hadi, anakonda itu memakan haiwan lain seperti hutan, rusa, tapir, harimau, lembu, kerbau, dan kambing, serta mangsa yang bersaiz lebih besar selepas ia dilemah dan dipatah-patahkan.

Ular lidi pula, tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, sekadar mampu memakan mangsa kecil seperti cengkerik, lipas, belalang, katak, tikus, dan lain-lain.

Dakwa Abdul Hadi, ular lidi memilih anakonda menjadi kawan tempat berlindung kerana melihat badannya yang besar dan gagah tanpa mengira nafsunya yang rakus dan ketiadaan akalnya.

“Lebih malang apabila ular lidi tidak dapat memandang dirinya sendiri, lalu merasakan dirinya sama besar dengan anakonda, namun tidak mampu menangkap hutan yang besar.

“Apabila binatang kecil melarikan diri dari anakonda, maka ular lidi terpaksa mengejarnya dengan payah.

“Anakonda pula apabila menghadapi masalah ketiadaan makanan yang mencukupi, maka ular lidi di sebelahnya boleh menjadi makanan gantian.

“Itulah bandingan persahabatan di antara Malaysia dengan AS. Maka, pelaburan-pelaburan yang berskala besar menjadi sasaran AS yang berkuasa besar dan bermodal paling besar,” tulisnya di media sosial.

Tak ‘telan’ negara kecil

menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak ekoran jemputan yang dibuat Kuala Lumpur – selaku pengerusi Asean – kepada Presiden AS, Donald , bagi menghadiri sidang kemuncak kumpulan serantau berkenaan baru-baru ini.

Ia berlaku ketika krisis di Timur Tengah – khususnya di Gaza – masih belum menampakkan tanda berakhir.

dan Washington pula diketahui menjadi penyokong tegar rejim Zionis Israel.

Malaysia turut menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS pada 26 Okt lalu. Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang bimbang terhadap kesan yang timbul daripadanya.

ART merupakan cadangan AS bagi merunding semula tarif terhadap Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus di bawah Perintah Executive 14257 dikeluarkan pada 2 April lalu.

Kata Abdul Hadi, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dan sukar mengejar status negara maju.

Sejak beberapa abad, kata Abdul Hadi, negara-negara kecil yang dijajah terus menjadi medan operasi ekonomi negara besar.

8009745601b2387ae5330b7f22e50db7

Apabila sudah merdeka, katanya lagi, negara terbabit akan terus menjadi sumber ekonomi kepada negara penjajah dengan berbagai-bagai ikatan dan beberapa jenama perjanjian kerjasama ekonomi yang menarik.

Ada ketikanya, kata bekas duta khas bertaraf menteri itu lagi, ‘anakonda’ berkenaan dijemput menghadiri sidang negara bekas jajahan untuk dijadikan tempat bergantung “bagi mencapai kemajuan dan pembangunan.”

“Sidang Kemuncak Asean ke-47 baru-baru ini yang menjemput Trump sebagai tetamu paling agung ialah contoh yang nyata,” katanya lagi.

Dalam catatan sama Abdul Hadi turut memuji bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya mengambil langkah yang betul melalui Dasar Pandang Ke Timur, serta mementingkan hubungan dagang dengan negara Asia serta Afrika.

Malah, puji Abdul Hadi lagi, Mahathir sanggup bekerjasama dengan negara lebih kecil daripada Malaysia sehingga tidak berlumba-lumba dengan negara lain atau ‘menelan’ mereka.

“Pada masa pentadbirannya juga, Malaysia mencapai kemajuan sehingga diberikan gelaran Harimau Asia dan dihormati di rantau ini. Satu pendekatan yang patut menjadi teladan kepada pemimpin selepasnya,” tambah Abdul Hadi.



Source link