Malaysia Oversight

OnePlus 15 Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 November- Pratempahan Telah Dibuka

By Amanz in November 5, 2025 – Reading time 2 minute
OnePlus 15 Diperkenalkan Di China Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 7300mAh


OnePlus 15 Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 November- Pratempahan Telah Dibuka

November 5, 2025
Lain-lain
OnePlus

Effi Saharudin

OnePlus 15 dilancarkan bulan lalu di dan kini OnePlus Malaysia mengesahkan peranti ini akan ke pasaran tempatan pada 13 November. Sempena pelancarannya kelak, OnePlus menawarkan pratempahan awal peranti yang boleh dilakukan hari ini. Pelanggan yang memesan awal akan menerima robot vakum Lefant M310 bernilai RM799 secara percuma dan rebat RM50. Pembelian selepas 13 November pula akan menerima Enco Buds 3 dan Aramid Fiber Magnetic Case yang kedua-duanya bernilai RM368.

OnePlus 15 Ch

OnePlus 15 hadir bersama skrin 6.78-inci AMOLED dengan kadar segar semula mencapai 165Hz – menjadikan ia antara pertama di dunia dengan sokongan panel seumpamanya pada telefon pintar. Panel skrin berkenaan turut menyokong kadar kecerahan minima mencapai 1-nit – yang dikatakan memberikan keselesaan ketika digunakan pada waktu malam.

Menguasakan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, dan storan sehingga 1TB UFS 4.1. OnePlus 15 menyertakan bateri 7300mAh dengan sokongan pengecasan 120W SuperVOOC.

OnePlus 15 China

Pada bahagian kamera, ia menggunakan sensor Sony 50MP sebagai sensor utama, dipadankan bersama sensor 50MP ultra-lebar dan 50MP telefoto. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan sensor 32MP. Tiada lagi penjenamaan Hasselblad pada kamera seperti sebelum ini.

OnePlus 15 juga menawarkan sokongan kalis air dan debu IP69K, selain menyertakan sokongan Bluetooth 6.0, WiFi 7, dan juga NFC. Pada bahagian tepi peranti, OnePlus telah menggantikan slider yang ikonik dengan jenama OnePlus kepada sebuah butang pintas yang boleh disesuaikan dengan aplikasi atau ciri yang ingin diakses.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link