Samsung HDR10+ Advanced Diumumkan – Akan Digunakan TV 2026
Effi Saharudin
Dua format HDR paling kerap digunakan pada peranti moden ialah Dolby Vision dan HDR10+. Kedua-dua format ini sudah agak berusia dan selepas Dolby Vision 2 diumumkan bulan September lalu, Samsung mengumumkan pula HDR10+ Advanced.

Menerusi HDR10+ Advanced, kandungan sehingga keterangan antara 4000-5000 nits dan 100% BT.2020 akan disokong. Kandungan mempunyai data meta untuk pemetaan ton warna yang lebih tepat. Ia turut boleh mengubah tetapan HDR secara automatik berdasarkan genre yang ditonton. Sebagai contoh warna lebih terang untuk kandungan sukan dan lebih semula jadi untuk kandungan drama.
Ciri Motion Smoothing juga akan ditambahbaik sementara ciri gaming juga turut akan menerima sokongan HDR yang dipertingkatkan. Samsung mengatakan HDR10+ Advanced akan disokong TV mereka yang akan dilancarkan tahun depan dengan demo akan diperlihatkan di CES. Setakat ini hanya Amazon mengesahkan aka menawarkan kandungan HDR10+ Advanced di platform mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






