PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2026 dengan peruntukan rekod RM470 bilion, digelar ‘Belanjawan Rakyat’. Ia bertujuan memperkukuh ekonomi sambil membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Namun, sebagaimana mana-mana belanjawan, kejayaan sebenar bergantung pada pelaksanaan yang cekap dan komunikasi yang berkesan. Dari sudut fiskal, kerajaan mengekalkan komitmen mengurangkan defisit daripada 3.8 peratus pada 2025 kepada 3.5 peratus pada 2026. Usaha ini dianggap langkah positif ke arah kestabilan…






