BALING: Kerajaan negeri Kedah belum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan cukai taksiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memandangkan proses itu masih di peringkat semakan dan bantahan. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, orang ramai tidak patut membuat kesimpulan awal bahawa cukai sudah dinaikkan kerana proses masih berjalan dan kenaikan hingga 245 peratus seperti didakwa tidak benar. Katanya, daripada 95,710 pemilik pegangan di bawah MBAS, hanya kira-kira 8,000…






