
Netflix Menyasarkan Pengenalan Kandungan Podsiar Eksklusif Pada Awal 2026 – Dalam Perbincangan Melesenkan Kandungan
Aman
Netflix kini dilaporkan dalam perbincangan bersama beberapa pihak untuk pelesenan podsiar melalui platform mereka, sekaligus mempelbagaikan lagi kandungan yang ditawarkan melalui platform penstriman popular tersebut. Salah satu platform podsiar dalam perbincangan adalah termasuk melibatkan iHeartMedia – membolehkan sejumlah podsiar popular dibawa terus ke platform penstriman Netflix.
Netflix dikatakan inginkan penerbitan podsiar eksklusif pada platform mereka, sekaligus memberikan lebih sebab untuk pengguna menontonnya melalui platform mereka berbanding yang lain. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini ramai menikmati kandungan podsiar melalui platform YouTube dan juga Spotify.
Kebelakangan ini, lebih ramai menikmati kandungan podsiar yang menawarkan perbincangan berkenaan sesuatu topik secara bersahaja, dan membincangkan pelbagai perspektif berkaitan isu semasa. Ini juga menjadikan Netflix kehilangan para penonton segmen berkenaan. Dengan lebih mengintegrasikannya pada Netflix, ia akan boleh mengekalkan penonton dan tidak kehilangan masa tontonan mereka.
Sebelum ini juga, Netflix telah mengumumkan kerjasama dengan Spotify dalam menawarkan kandungan podsiar pada platform mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






