PETALING JAYA: Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi secara berperingkat dijangka memperkukuh ketelusan sistem pemberian subsidi, khususnya golongan yang benar-benar memerlukan. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) sebelum ini menunjukkan kerajaan mampu melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar dengan lebih tepat dan berkesan menerusi mekanisme sedia ada seperti penggunaan MyKad serta sokongan rangkaian data. “Ia juga dilihat sebagai satu…






