CelcomDigi Kini Mengintegrasikan Sokongan BNPL Pada Aplikasi Untuk Pembayaran Pascabayar, Atau Tambah-Nilai Prabayar
Aman
CelcomDigi kini bekerjasama dengan Boost, dan menawarkan integrasi pembayaran ansuran untuk pelbagai perkhidmatan dan penawaran – terus melalui aplikasi CelcomDigi, dinamakan PayFlex. CelcomDigi mengatakan penawaran ini adalah patuh syariah. Melalui pengamatan kami, perkhidmatan ini turut hadir dengan caj transasksi untuk pelbagai variasi amaun dibawah yuran Wakalah.

Dibawah penawaran ini, pengguna boleh mendapatkan kredit sehingga RM1,499, dan memecahkan pembayaran ansuran kepada bermula dalam 30 hari sehingga ke 3, 6, 9 atau 12 bulan.
Untuk yuran Wakalah, pengguna akan dikenakan caj RM3 untuk semua transaksi bawah RM100, dan RM10 untuk semua transaksi atas RM100. Terdapat juga caj keuntungan yang dikenakan untuk setiap bayaran bulanan. Pendaftaran boleh dilakukan terus melalui aplikasi CelcomDigi, dan ia ditawarkan kepada pelanggan berusia 21-60 tahun.

CelcomDigi mengatakan PayFlex ini boleh digunakan untuk pembayaran bil, tambah nilai prabayar, dan transaksi melibatkan DuitNow QR, termasuk di kedai CelcomDigi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






