Apple Dijangka Perkenal MacBook Dengan Cip iPhone Menjelang Pertengahan 2026
Aman
Apple sebelum ini sedia diperkatakan beberapa kali sedang membangunkan komputer riba mereka menggunakan cip iPhone – sekaligus membolehkan penawaran pada harga lebih kompetitif, terutamanya dalam kalangan pelajar. Terbaru, Bloomberg melaporkan Apple akan memperkenalkannya menjelang pertengahan pertama 2026 kelak.

MacBook yang menjalankan cip iPhone ini dijangka akan menggunakan skrin kurang 13.6-inci dengan paparan LCD. Ini sekaligus akan menjadikannya sebagai MacBook bersaiz paling kecil di pasaran setakat ini.
Ia diperkatakan cip iPhone berkenaan menawarkan kuasa operasi lebih baik jikalau dibandingkan dengan cip Apple M1 sebelum ini. Memandangkan Apple sedia mengeluarkan cip untuk iPhone dalam kuantiti besar, maka mungkin harga MacBook ini akan dapat dikurangkan berbanding pengeluaran cip Apple biasa untuk komputer riba.
Apple turut dikatakan menyasarkan pasaran yang kini didominasi Chromebook melalui penawaran ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi pada 2026 kelak, dan melihat bagaimanakah harga penawarannya kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






